Salam jumaat. Post ini tidak disponsor oleh mana-mana pihak ye. Just nak share dengan pembaca tentang produk Safi Shayla yang telah aku gunakan. Mesti semua pernah dengar kan? Produk keluaran terbaru dari Safi iaitu syampu untuk wanita bertudung. Memang sangat-sangat best syampu & conditioner dia. Harga pun mampu milik.
dua syampu yang menjadi pilihan aku
Yang aku guna ni syampu kawalan rambut gugur(mungkin akibat stress / banyak sgt makan pak aji, mungkin. haha). Memang sangat tak suka bila rambut gugur sebab aku loya kalau ada gumpalan rambut atau sehelai rambut kat tangan atau badan atau gumpalan rambut dekat habuk(banyak nau atau). Sangat meloyakan tekak. Aku try pun sebab balik kampung aritu aku ternampak mak aku guna. Aku pun ciloklah sikit. Hehe. Memang sangat best. Rambut lembut & bau dia tahan lama hokeyy & rambut pun kurang gugur. Syampu ini dirumus khas dengan Habbatussauda serta protein untuk menguatkan struktur rambut sambil mengurangkan keguguran sehingga 80%, serta haruman yang mampu kekal sehingga 24jam. Hokey, enough bab syampu. Nak cerita bab conditioner plak.
Conditioner pula aku pilih penyegar kulit kepala. Sebab kadang-kadang kita rasa gatal kan kepala ni akibat berpeluh. Bila pakai je memang menyegarkan sebab.............ia juga mengandungi habbatussauda & mentol(bukan mentol lampu ye.hihi). Masa pakai tu sejuk je kulit kepala ni. Rasa berangin. Fefeling ada ais kat atas kepala ni. Haha. Tapi serius best. Bau jangan cakaplah. Memang semerbak.
Jom baca khasiat- khasiat yang terkandung dalam dua produk ini.
HABBATUSSAUDA :Mengandungi bahan antibakteria semulajadi untuk menghalang pembiakan bakteria yang menyebabkan kulit kepala kurang selesa serta rambut kusam. Juga kaya dengan nutrien semulajadi yang menyihat, melindungi & mencantikkan rambut.
PROTEIN :Menguatkan struktur rambut & mengurangkan keguguran rambut akibat kerapuhan melebihi 80%.
MENTOL :Menyejuk, menyegar, menyamankan & mengurangkan kerengsaan kulit kepala.
Hah!Dah tau kan khasiat-kahsiat dia. Bolehlah beli sekiranya ingin mencuba produk Safi ini. Yang penting halal ye. Sekarang ni dah banyak tempat dah jual syampu ni. Bukan dua produk ni je tau. Ada juga untuk masalah lain tapi aku xsempat google. Hee. Korang tengoklah sendiri ye. Nak sambung melipat baju. Nite2!!
2 comments:
boleh try jugaklah...
bole2..nanti rambut lembut bak sutera.hihi
Post a Comment