Pages

SweetMuslimah.com

Tuesday, October 21, 2014

Dah sampai SBU???!!!


Selamat pagi!!!Ini entri scheduled ye. Memandangkan sebelah siang tak berkesempatan nak berblogging. Okeh, tak mau merapu panjang-panjang sebab entri hari ni penuh dengan gambar. Jangan muak ye. Omo!! SBU tu ape ek? Haa..ia adalah sebuah boutique yang terletak di Shah Alam. Nama dia Sincerelybyus (SBU). Sekarang ni trend Vendor Concept Boutique cenggini. Banyak sangat dah yang buka di seluruh pelosok negeri. Bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan.Hihi.

tadaaa!!!!selamat sampai ke destinasi kami. 
Seperti orang mengantuk disorongkan bantal(ececeh..) begitulah dengan keadaan aku bila ada orang mengajak pergi ke sana. Hihi. Excited weh sebab selalunya dapat tengok je dekat ig/fb. Kali ni dapat jejak kaki kat sana. Lompat bintang lah kita kannn...SBU ni sangat terkenal dengan square shawls diorang yang cantik-cantik. Material yang sejuk dan senang dibentuk membuatkan boutique mereka sentiasa didatangi pelanggan. Tengok tu..dah merapu panjang. Enough of talking! Jom layan gegambar iolls di SBU!! woohoo!

nampak tak betapa lapaqnya kami.terus menuju ke cafe SBU di tingkat atas. hihi
sementara menunggu pesanan, snap jap pic kudap-kudapan ni
antara menu yang ada rak-rak dalam pic sebelum ni
masa ni dalam pukul 1, customer pun dah semakin ramai.
nyummeh!! nyata terserlah kebuluran disitu.hahaha. kek, eclairs, lasagna, banoffee pic n satu lagi tak hengat nama
tak cukup, kita tambah lagi. hahahahaha ^_^rugi datang jauh-jauh tak makan. kahkah

sebelum isi perut harus selfie dulu. peace!anyway, di sini pun disediakan cam mini bar tuk customer makan.
Haa..dah kenyang perut baru boleh shopping!!yang ni dekat tingkat satu. 
kena pilih betul-betul sebab peluang nak datang lagi tipis.hahaha
setelah berpuas hati dengan pilihan masing-masing. masa untuk berjalan lagi. haha
Dah alang-alang datang jejauh kan, pulak tu ke Shah Alam yang penuh dengan boutique-boutique cenggini, kami pun mengambil kesempatan untuk singgah beberapa boutique(tak terkira banyaknya!!naik pening kepala.huhu) yang berada disekitar situ. Kepada sesiapa yang berkesempatan, bolehlah singgah di SBU ni..Dah ada cawangan di bangi juga ye. :)

Lots of Love, 

No comments: