Thursday, October 2, 2014

Basikal & Helmet Buat Nayli


Hi! Selamat petang. Semoga pembaca blog aku semua sihat-sihat belaka. Hari ini aku nak kongsi cerita mengenai si kecil ni. Dah lama bercadangkan nak belikan helmet & basikal buat Nayli. Baru ahad lepas tertunai. Kesian dia belum ada basikal. Kayuh pun tak berapa pandai lagi. Itu yang belikan basikal. Helmet pula senang nanti kalau nak ikut ayah dia naik moto. Jom tengok aksi si kecil bersama helmet & basikalnya.
Safety first!
Bersama itik kesayangan.
Bukan main posing lagi anak dara ni.
Ni pulak dah kenapa?Macam kene tiup angin je.haha
Bawa mereka bermain di tepi rumah. Nayli memang tak boleh berenggang dengan Nana. Boleh menangis kalau kene tinggal ngan kakak nana.hihi
Tapi..................ada kemuskilan disini. Kenapa banyak barangan Nayli berwarna biru ek? Basikal biru, helmet biru, itik biru, almari baju pun biru. Tapi basikal tu dia yang pilih sendiri. Ikut warna kesukaan aku gamaknya.haha.. Nak buat macam mana kan. Umi memang favourite colour biru.hehe
Lots of Love, 
Post a Comment