Saturday, October 4, 2014

Semoga cepat sembuh & diberi kesihatan yang baik!


Selamat malam. Sementara belum nak mula masak untuk menyambut aidiladha esok, sempatlah juga aku nak update entri. Bulan lepas & bulan ini ada beberapa saudara-mara yang telah admit ke hospital termasuklah bapa mertua aku. Bapa mertua disebabkan buah pinggang. Sudah 3 minggu juga dia berada di hospital. Dua emak saudara aku pun bulan ini masuk hospital. Seorang disebabkan hampir terkena strok dan seorang lagi apendik. Penyakit yang datang kadangkala tanpa diduga. Semalam elok je, hari ini dah sakit. Semua itu atas kehendak Allah. Sentiasalah berdoa supaya orang-orang disekeliling kita dilindungi & diberikan kesihatan yang baik. Semoga ahli keluarga tabah & sabar menghadapi dugaan dari Allah s.w.t. 



Lots of Love, 


Post a Comment