Tuesday, September 30, 2014

Resipi Bakso

Selamat petang! Sementara anak tak nak tido ni, aku curilah masa sedikit nak buat entri. Semenjak duduk rumah ni, hari-hari pening memikir nak masak apa. Kebetulan MIL ada beli bebola daging, jadi yang terlintas kat kepala ni nak buat bakso. Pagi-pagi lagi aku dah keluarkan bebola ni. Lepas tu dok google cari resipi. Maklumlah, ni first time buat bakso kan. ^_^ Aku upload kat IG, ada pulak yang berminat nak resipi, maka terhasillah entri resipi bakso hari ini.. Mr Upham pun cakap sedap.Alhamdulillah.
Jom belajar cara buat bakso! Tapi sediakan bebola daging instant la ye kalau nak ikut resipi ni..hihi
Bahan-bahan untuk kuah :
# 3 biji bawang merah - - - -dihiris
# 3 biji bawang putih - - - - dihiris
# 1/2 inci halia - - - - dicincang
# 1 batang serai - - - - diketuk
#  pati ayam/daging
# sedikit lada sulah
# garam & perasa
Cara-caranya :
1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih & halia sehingga garing.
2. Masukkan serai yang telah diketuk.
3. Masukkan air(sukatan sendiri), pati ayam/daging, serbuk lada sulah, garam & perasa.
4. Biarkan mendidih.
5. Masukkan bebola daging & biarkan mendidih selama 5 minit.
6. Celur mee/ bihun.
7. Sedia untuk dihidangkan bersama bawang goreng & cili kicap. :)

psst...cili kicap( blender cili padi + kicap manis)
Tadaaaa!!!
Sedia untuk makan!!!
Lots of Love, 

Monday, September 29, 2014

Resipi Piza Roti


Selamat malam semua. Baru nak update entri yang dah agak basi sedikit. Bertemankan bunyi hujan yang agak lebat berserta guruh & kilat yang kuat sehingga menakutkan anak-anak disini. Anak-anak?? Tiba-tiba ramai pulak anak aku kan. Hee. Sebenarnya SIL aku tidur sini sebab hubby dia outstation.  hee..Eh! Melalut pulak aku dari tajuk entri ni.huhu. Malam ni rajin sikit nak kongsi resipi. Piza Roti yang aku cuba buat sendiri.Itu pun gagahkan juga diri ini sebab permintaan Mr. Upham saya yang teringin, setelah kami merasai hidangan yang simple ini dari my SIL. Jom tengok cara simple untuk membuatnya. Bahan-bahan boleh diubah mengikut kreativiti masing ye.. :)

Bahan-bahan yang diperlukan

Bahan-bahan yang diperlukan :
>Roti Gardenia
>Sos Pasta
>Daging kisar - - - -masak seketika bersama lada sulah & oregano
>Sosej - - - - rebus
>Sayur campur - - - - rebus
>Jejari ketam - - - - rebus
>Lof daging ayam
>Keju mozarela
>Cheesedale
>Parmesan
>Mayonise

Cara-caranya
1. Sapu loyang dengan sedikit mentega. Susun kepingan roti menutupi loyang.
2. Sapu roti dengan sos pasta.
3. Taburkan daging kisar, sosej, sayur campur, jejari ketam & lof daging ayam.
4. Koyakkan kepingan keju cheesedale & taburkan atas bahan tersebut.
5. Tabur mozarella & parmesan.
6. Letakkan mayonise sebagai hiasan terakhir.
7. Bakar pada suhu 150 darjah C selama 5 - 10 minit @ sehingga keju cair.


gambar sebelum masuk oven

gambar selepas dibakar

selamat menjamu selera!!!
Lots of Love,

Saturday, September 27, 2014

Giveaway 2014 Mialiana.com





Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.
Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....
Lots Of Love, 

Tuesday, September 23, 2014

Membeli-belah di Blue_r0se.sh0ppe!!

Selamat malam! Baru berkesempatan update bl0g malam ni. Itupun curi-curi masa jugak sebab si kecik ni ajak bermain bersama. Anyway, straight to the point ok. Malam ni nak promote page Facebook aku iaitu Blue_r0se.sh0ppe. Online shop yang menjual pelbagai barangan seperti : 

*bag tangan berjenama(lelaki & wanita)
*tali pinggang lelaki
*perkakasan dapur
*almari DIY
*barangan kesihatan
dan lain-lain
haaa...besar betul banner..huhu

Dan........................................................................

Sempena Raya Haji akan datang, aku beri diskaun sebanyak 15%!!!! Bagi sesiapa yang ingin membeli @ nak cuci-cuci mata, bolehlah singgah di laman Facebook Blue_r0se.sh0ppe.
Manalah tahu kot-kot ada barang yang tersangkut dimata ke..hehe..
baiklah, berjumoa di entry akan datang ye!! 

Thursday, September 18, 2014

Peraduan Dutch Lady!!

Ingin memenangi wang tunai bernilai RM300???Lebih dari RM3.6 juta mesti dimenangi!

WOW!!!
Inilah peraduan yang telah dilancarkan oleh syarikat pengeluaran susu iaitu DUTCH LADY..Kepada sesiapa yang suka join contest @ memang kaki contest, bolehlah layari laman sesawang http://www.smartmoments.com.my/..

*jangan lupa baca syarat & peraturan dia ye..



Inilah peraduan KALAU MAK MENANG..Dekat website ni nanti ada cara-cara untuk menyertai peraduan ni..Mana tahu rezeki anda ke..hehe..Selamat mencuba!!

LOTS OF LOVE,

Wednesday, September 17, 2014

bl0g berwajah baru!!


selamat malam semua!hampir sebulan jugak aku tidak menitipkan apa-apa di dalam blog ini..disebabkan kekangan masa sebagai pelajar..bila stress melanda diri je penulisan di sini sudah kelaut.tengoklah hasil penulisan aku pun sedang diperbaiki.ni semua disebabkan terbiasa dengan ke'formalan' SIL aku.haha..jadi serba sedikit aku pun terikut..hehe.almaklumlah, SIL aku berguru dengan penulis yang terkenal, kak monalita mansor(kalau tak silap aku..jangan marah aa...)

anyway, nampak tak apa-apa perubahan kat blog aku ni? haa...bagi yang biasa singgah(ada ke?anggap je ada bole?hehe) blog aku ni, mesti tahu blog aku macam mana dulu kan? serabut baq ang!!!!hahaha..maaf tiada gambar blog lama..aku dah terlupa nak ambil screenshot(almaklumlah..umur dah lanjut..ye dak?)..

jadi, hari ni aku putuskan untuk merubah background blog yang telah sekian lama bersawang..merubah dengan semangat yang baru..menerapkan konsep SIMPLE IS BEAUTIFUL maka terhasillah background rupa ini..hikhik..harap-harap lepas ni semakin rajin menulis kat sini..alhamdulillah walaupun aku tidak membuat sebarang entry, namun aku bersyukur ada jugak orang yang singgah(walaupun tak baca)..hehe..

sampai disini sahaja entry kali ini, stay tune for my next next next next entry..kalau hado..haha
bye!!!

LOTS OF LOVE,