Monday, November 24, 2014

Tukar background blog lagi :)

Bismillah. Selamat pagi!! Mengantuknya lah pagi-pagi ni. Entri hari ni mmg dah tersangat basi. 

Google Image
Yelah, rasanya dah nak dekat sebulan gak lah aku tukar background blog ni. Baru hari ni nak cerita. 

Hihi.. saje tukar background sebab bosan dengan background lama.

Aku saja pilih background butterfly sebab nampak comel. Comel tak? Bagi aku comellah ni.  

Bagi nak mencomelkan lagi blog aku, cursor pon aku amik pic munga yang cecomels.. 

So, aku link kan kat mana aku dapatkan design-design yang cecomels ni ye. 

Bagi sesiapa yang nak beralih angin, bolehlah klik :
Link tukar background
Link tukar cursor

*Maaf..aku terlupa lagi printscreen backgroung blog lama. heee

Lots of Love, 

Friday, November 21, 2014

Simple 1st Giveaway Segment by Beba Ifa



Bismillah. Baru je tadi saya di tag oleh Cik Belbel untuk join GA ni. Disebabkan sangat simple, memang harus join lah kan. Hihi. 

http://kylifa.blogspot.com/2014/11/simple-1st-giveaway-segment-by-beba-ifa.html
*klik SINI untuk join*

Tujuan GA ni dibuat adalah untuk menghargai rakan followers Beba Ifa yang lama mahupun yang baru.

mrsupham tag :
Fyda Adim
Niesa
Myra Mokhtar

Lots Of Love,

Seronoknya zaman kanak-kanak

Bismillah. Selamat tengahari! Baru hari ni berkesempatan menulis entry. Semalam seharian tiada internet. Huhu. Ini cerita semalam. Kiriman TC Siti Aisyah Zawani. Teacher dari taska Nayli. Hari Rabu Tc dah pesan suruh bawa swimming suit/baju lebih sebab dorang nak buka kolam untuk budak-budak ni. Pagi semalam kejut nayli siap bagitau "Akak, bangun. Arini akak swimming2 dekat school, kan". Cepat saje dia bukak mata. Kalau tak memang payah! Huh!!

Bila tengok betapa seronoknya mereka main air, teringat zaman kecik-kecik dulu. Happy je sebab tak payah pikir apa2 pon. Celik mata je ingat nak main. Macam-macam aktiviti yang aku buat dulu. Main basikal la. Panjat pokok la. Haha. Indahnya zaman tu. Eh! merapu plak. Jomlah layan gambar kiriman TC nayli :)
Nampak tak Nayli tengah buli kawan dia. sabar jela!!!
Peace sambil garu kepala. Hihi
Nampak tak mulut sape paling besar? Makanya, dia lah yang paling seronok. Haha
Happy sangat Tc dia cakap..
Ini pula gambar 2/3 minggu lepas kat kampung. Abang aku memang rajin melayan anak-anak buah mandi kolam. Seronok betul diorang. Aku pon rasa nak berkubang bersama tapi cam tak sesuai je. Haha
Le cousins... 
Lots Of Love, 

Wednesday, November 19, 2014

Wordless Wednesday

Bismillah. 



Lots of Love, 

Friday, November 14, 2014

Salam Jumaat

Bismillah. Selamat tengahari. Sedikit perkongsian di hari Jumaat yang barakah ini.Cerminlah diri sendiri sebelum mula berbicara tentang keburukan orang lain. Kerana pada kita terdapat 1001 keburukan yang tidak kita sedari. Jagalah lidah anda kerana ia umpama pisau yang tajam dimana ia mampu menghiris luka di hati orang sekeliling kita tanpa kita sedari. 


Semoga kita dijauhkan dari sifat-sifat negatif yang boleh memakan diri kita sendiri. Aamin.

Lots of Love, 

Tuesday, November 11, 2014

Hujung Minggu Di Pantai Puteri


Selamat petang.. Lepas makan tengahari mata bagai ditarik-tarik untuk lelap. Untuk tidak melayan mata ni, mohla kita buat entry. Ye dok?Hihi.. Ini cerita Sabtu lepas. Hubby kan memang asal dari keluarga Bawean(Boyan), so hari tu telah diadakan Mesyuarat Agung Kali ke-22 yang diadakan di Hotel Pantai Puteri. Tapi hubby & SIL baru 1st time menceburkan diri. hehe. Apa-apa pun jom layan gambar kami di sana. Selepas mesyuarat, sempat juga kami layankan Nayli yang nak main layang-layang(tapi dia main sekejap sebab cepat bosan, aku lak yang beria main. hihi). 

Nayli & Safar
Sesi pendaftaran. Sebelah kiri SIL & kanan Hubby ku
Ramai juga orang Bawean kat Melaka ni
Aksi NayliAmmar yang kebosanan. Mana ntah Nayli belajar posing camtu -_-'
Ini antara aksi-aksi kami yang kebosanan. Hihi. Macam-macam gaya budak-budak ni.
Sebelum pulang, dapatlah merasa main layang-layang. Ni 1st time aku & Nayli.
Sebelum balik, kami singgah JJ beli barang sedikit, tp hubby je turun memandangkan Nayli dah tertidur akibat keletihan. Mana taknya, pukul 8 aku dah kejut dia. Pukul 3.30 petang baru kami sampai ke rumah. Anyway, walaupun sekejap je masa kami keluar, tetapi amat berharga bagi aku bila dapat meluangkan masa bertiga :) Love both of you.

Lots of Love, 

Monday, November 10, 2014

Buku Rekod Nayli

Selamat petang. Dua hari blog ni sepi. Bila hujung minggu je mood rehat melanda diri. Huhu. So, nak buka lappy pon malas. Akibatnya tiadalah entry hujung minggu disini. Anyway, nak cerita Jummat lepas, ada sesi pengambilan buku rekod untuk taska dan tadika. Tahun lepas aku pergi sorang-sorang. Tahun ini hubby teman and dengar feedback teacher tentang Nayli. Aku memang sukalah kan, sebab tak perlu drive sendiri (kereta manual, jarang drive lak tu, memang sukalah bila hubby teman. hihi). 
Gambar-gambar pun ada orang boleh tolong amikkan (tq hubby ^_^). Alhamdulillah perkembangan Nayli sangat positive. Lagipun Nayli dah masuk group 3 tahun. So, aktiviti untuk 3 tahun Nayli pun join. Next week ada majlis konvokesyen Tadika. Nayli terlibat dengan persembahan. Kat rumah bukan main lagi joget dan menyanyi tapi sepatah haram aku tak tau lagu ape..hihi.. 

Serius betul perbincangan kami. Hehe
Buku rekod dan gambar kapal selam yang Nayli warnakan. Teacher dia cakap gambar ni je yang dapat diselamatkan. Yang lain semua dah Nayli koyakkan. Haish.. Nayli2.. -_-'
Umi yang excited senyum lebih, Nayli muka blurr je.. :P
Lagu untuk konvo nanti..

Bila dah banyak kali dengar Nayli nyanyi dan aku teringat tajuk ni baru aku tau lagu apa yang dia nyanyikan..Haha.. Nayli2.. Susah betul nak tangkap lagu apa yang Nayli nyanyikan selama ni.. 
Inilah sebenarnya lagu yang nayli nyanyikan.

Tajuk : A,E,I,O,U

A,E,I,O,U
A,E,I,O,U
A,E,I
A,E,I
A,E,I,O,U

A bunyi ayam kok, kok, kok
E panggil emak, Emak
I ikan berenang didalam kolam,
O otak yang bijak, 
U ular membelit

A,E,I,O,U
A,E,I,O,U
A,E,I
A,E,I
A,E,I,O,U

P/S : Tak sabar nak tengok persembahan pertama Nayli.. huhu 

Lots Of Love, 

Friday, November 7, 2014

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 4)

Haaa!

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman dah masuk edisi yang keempat..Macam biasa la GA ni dibuat sempena untuk memberi penghargaan utk korang yang still datang blog Sally walaupun tuan blog dia tgh sibuk bercuti...So, siapa nak souvenirs daripada Korea..? Hehehe...Kalau nak, sila la ikuti syarat-syarat dibawah ye...

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/11/holiday-giveaway-by-sally-samsaiman.html



Syarat-syaratnya:
  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally, dan Like Fanpage Sally & Fanpage The Sister's Closet
  2. Buat satu entry bertajuk Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 4).
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
  5. Sally akan gunakan khidmat Uncle Random.org untuk pilih 5 orang blogger ye...
  6. Segmen ini akan berlangsung dari 6th November 2014 - 16th November 2014 (11.59 pm waktu Malaysia)
Lots of Love, 

Thursday, November 6, 2014

Birthday Celebration

Bismillah.. Semalam tiada kesempatan nak update tentang birthday celebration hubby. Pagi ni curi masa sekejap lah. Hihi..Tapi ini bukan celebration dari aku, tapi dari rakan sekerja hubby. Yang kelakarnya, hubby tak ingat pun birthday dia, pagi semalam dia dapat call dari bos utk masuk meeting. Kelam kabut dia naik sebab bos dia cakap dalam nada yang serius, "Safar, ada meeting ni, Nape lambat?". Haha.. Hubby cakap sampai-sampai je bilik meeting ada bau makanan. Dia masuk then terkejut tengok ada kek bagai. Siap hubby cakap, "Eh, birthday saya ke?" Kawan-kawan dia semua gelak. Baru hubby teringat yg aritu birthday dia. Yang kelakarnya, hubby sorg je yang siap bawa buku dengan pen bagai.. :D Yang bestnya, member 1 opis dengan dia pun berlakon jugak. 

Then hubby cakap aku pun dijemput. Kawan-kawan dia suruh aku naik bilik meeting juga. Masa tu aku tengah sarapan dengan labmate. Aku ajak dia teman aku sekali. Huhu.. Malu-malu meow giteww kannnn... Hahahaha.Rezeki semalam dapat makan kek coklat moist dari kawan hubby.. Alhamdulillah. Jom tengok gambar hubby yang terkezut & gambar disekitar majlis sambutan harijadinya.  :P
Hubby yang terkezut. Haha
Acara memotong kek.
Antara rakan-rakan sekerjanya. 
Kek coklat moist homemade kak Ana.
kami diminta bergambar bersama. Malu i tau :D
Sebelah kanan tu bos hubby, yang akak sebelah kiri tu satu opis ngn hubby.
Antara menu-menu yang ada semalam.
Kek yang sedappppppp.. yummeh!
Anyway, thanks to officemate hubby yang jemput aku dengan member aku untuk makan sekali. :)

Lots of Love, 

Wednesday, November 5, 2014

Happy Birthday Dear!!


Entri pagi ini ditujukan khas buat Mr. Hubby memandangkan hari ini birthday dia.. Tiada ucapan berbunga-bunga disini ye syg..hihi.. >_< You are always in my heart. 

Surprise birthday from his colleague
Hugs n kisses from Umi & Nayli, 

Monday, November 3, 2014

Mencari Rezeki


Selamat pagi :D
Lambat sedikit update hari ini sebab perlu menguruskan beberapa perkara pagi tadi.
Sekadar perkongsian semua...

Image dari Mr.Google
Lots of Love,