Saturday, April 11, 2015

Oceanarium@The Shore Melaka



*Awas!! Entri yang tersangat banyak gambar.

Selamat malam. Dah lama rasanya tak update apa-apa dalam blog ni kan. Disebabkan kekangan masa, blog ini telah dianaktirikan. Huhu.. Takpe, kali ini ada entri terbaru dari aku. Hasil dari kerajinan Hubby tunaikan janji nak bawak belated birthday girl (Nayli) pergi The Shore. Jumaat lepas kami bersiap-siap usai solat maghrib. Aku yang paling excited (kalah anak) sebab bukan selalu dapat jalan-jalan camni kan. Jam 8.30 malam kami keluar. First time jejak The Shore macam jakun sangat. Haha. Padahal selalu je lalu dekat dengan bangunan tu. Hihi. Masuk-masuk je kami terus menuju Tingkat 2 untuk ke destinasi yang memang dinantikan.
Tadaaaaa......... Jom lah tengok gambar-gambar kami disana.
Pintu masuk.
Selesai membeli tiket. Dapat borang kuiz sekali.
Harga Tiket
Dewasa : RM28
Kanak-Kanak : RM18

Masa ni memang takde orang sebab tempat ni tutup kul 10 malam tapi kaunter tiket tutup kul 9 malam. Kami sampai dalam 9.10 malam, jadi orang tu bagi la kami masuk. Huhu. selain family kitorang, ade sebuah lagi family cina. Datang time-time camni memang tersangatlah tenang sebab takde orang..Yeay!!

Aksi pertama setelah berjaya masuk. Ngee
Tempat pertama kami masuk- Interactive pool
 

Dekat tempat ni memang kita boleh pegang sendiri gamat, belangkas & tapak sulaiman Aku memang tak kan lah pegang benda-benda tu. Geli. Tapi Hubby try pegang. Relax je dia.. Anak dara tu dah lari jauh-jauh. -_- 

Lepas tu kami ke - Jungle Quest



Tempat ini banyak spesis-spesis seperti rama-rama, kumbang, labah-labah, lebah & ular kecil. Tapi yang ni semua dok dalam tempat berkaca. Kalau tak, mampuih ada yang dok masuk dalam beg ikut balik. Choiiiii...Haa, Pic yang sebelah kanan sekali tu nampak tak? Gigih mak buyung(abaikan kegemukanku) dok cop kertas kuiz yang telah disediakan semata-mata nak kan souvenier. Haha. Borang dia memang dah disediakan masa kita beli tiket tadi. Yang kelakarnya, dah nak abis tour dalam ni baru perasan yang aku cuma cop sehelai borang je (dapat 3 borang). Apa lagi, Hubby pon bisinglah sebab kene pusing balik. Kahkah. -_-' Lepas tu kami ke Ocean Journey pulak. Macam-macam jenis hidupan laut yang terdapat di sini. Seronok tengok. 

Besday Girl yang happy. Sian mak jadi tangga belakang dia. Haha
Time Umi pulak bergaya. Maaf  Hubby sebab pic kami je yang banyak. Ngee
L.O.V.E from us.
Clown fish yang dalam cite NEMO tu.
Khusyuknya tengok ikan.......
  
               Keterujaan yang melampau sebab nampak ikan dekat atas. Huhu

Over-excited!!

Amboi...asik pic dia je kan. Jeles Umi. :p
Destinasi terakhir - Kampung Penyu
Best sangat tempat ni tengok penyu berenang,
Bergambar dengan replika penyu. 
Lepas keluar, kami serahkan borang kuiz tu kat kaunter. Dapatlah souvenier keychain gambar clown fish (lupa nak amik pic). Overall, best jugak tempat ni cuma bagi aku agak mahal jugalah tiket dia tapi kami jalan dalam tu x sampai pon 1 jam. Huhu. Tapi tak lama lagi dia nak tambah lagi 2 phase kot kalau tak silap aku. Dah penat jalan-jalan, kami cari makan lah pulok. Bagi sesiapa yang berkunjung ke Melaka, bolehlah kiranya kalau nak singgah disini. 


Love,