Pages

SweetMuslimah.com

Monday, November 10, 2014

Buku Rekod Nayli

Selamat petang. Dua hari blog ni sepi. Bila hujung minggu je mood rehat melanda diri. Huhu. So, nak buka lappy pon malas. Akibatnya tiadalah entry hujung minggu disini. Anyway, nak cerita Jummat lepas, ada sesi pengambilan buku rekod untuk taska dan tadika. Tahun lepas aku pergi sorang-sorang. Tahun ini hubby teman and dengar feedback teacher tentang Nayli. Aku memang sukalah kan, sebab tak perlu drive sendiri (kereta manual, jarang drive lak tu, memang sukalah bila hubby teman. hihi). 
Gambar-gambar pun ada orang boleh tolong amikkan (tq hubby ^_^). Alhamdulillah perkembangan Nayli sangat positive. Lagipun Nayli dah masuk group 3 tahun. So, aktiviti untuk 3 tahun Nayli pun join. Next week ada majlis konvokesyen Tadika. Nayli terlibat dengan persembahan. Kat rumah bukan main lagi joget dan menyanyi tapi sepatah haram aku tak tau lagu ape..hihi.. 

Serius betul perbincangan kami. Hehe
Buku rekod dan gambar kapal selam yang Nayli warnakan. Teacher dia cakap gambar ni je yang dapat diselamatkan. Yang lain semua dah Nayli koyakkan. Haish.. Nayli2.. -_-'
Umi yang excited senyum lebih, Nayli muka blurr je.. :P
Lagu untuk konvo nanti..

Bila dah banyak kali dengar Nayli nyanyi dan aku teringat tajuk ni baru aku tau lagu apa yang dia nyanyikan..Haha.. Nayli2.. Susah betul nak tangkap lagu apa yang Nayli nyanyikan selama ni.. 
Inilah sebenarnya lagu yang nayli nyanyikan.

Tajuk : A,E,I,O,U

A,E,I,O,U
A,E,I,O,U
A,E,I
A,E,I
A,E,I,O,U

A bunyi ayam kok, kok, kok
E panggil emak, Emak
I ikan berenang didalam kolam,
O otak yang bijak, 
U ular membelit

A,E,I,O,U
A,E,I,O,U
A,E,I
A,E,I
A,E,I,O,U

P/S : Tak sabar nak tengok persembahan pertama Nayli.. huhu 

Lots Of Love, 

No comments: