Thursday, November 6, 2014

Birthday Celebration

Bismillah.. Semalam tiada kesempatan nak update tentang birthday celebration hubby. Pagi ni curi masa sekejap lah. Hihi..Tapi ini bukan celebration dari aku, tapi dari rakan sekerja hubby. Yang kelakarnya, hubby tak ingat pun birthday dia, pagi semalam dia dapat call dari bos utk masuk meeting. Kelam kabut dia naik sebab bos dia cakap dalam nada yang serius, "Safar, ada meeting ni, Nape lambat?". Haha.. Hubby cakap sampai-sampai je bilik meeting ada bau makanan. Dia masuk then terkejut tengok ada kek bagai. Siap hubby cakap, "Eh, birthday saya ke?" Kawan-kawan dia semua gelak. Baru hubby teringat yg aritu birthday dia. Yang kelakarnya, hubby sorg je yang siap bawa buku dengan pen bagai.. :D Yang bestnya, member 1 opis dengan dia pun berlakon jugak. 

Then hubby cakap aku pun dijemput. Kawan-kawan dia suruh aku naik bilik meeting juga. Masa tu aku tengah sarapan dengan labmate. Aku ajak dia teman aku sekali. Huhu.. Malu-malu meow giteww kannnn... Hahahaha.Rezeki semalam dapat makan kek coklat moist dari kawan hubby.. Alhamdulillah. Jom tengok gambar hubby yang terkezut & gambar disekitar majlis sambutan harijadinya.  :P
Hubby yang terkezut. Haha
Acara memotong kek.
Antara rakan-rakan sekerjanya. 
Kek coklat moist homemade kak Ana.
kami diminta bergambar bersama. Malu i tau :D
Sebelah kanan tu bos hubby, yang akak sebelah kiri tu satu opis ngn hubby.
Antara menu-menu yang ada semalam.
Kek yang sedappppppp.. yummeh!
Anyway, thanks to officemate hubby yang jemput aku dengan member aku untuk makan sekali. :)

Lots of Love, 
Post a Comment