Pages

SweetMuslimah.com

Monday, September 29, 2014

Resipi Piza Roti


Selamat malam semua. Baru nak update entri yang dah agak basi sedikit. Bertemankan bunyi hujan yang agak lebat berserta guruh & kilat yang kuat sehingga menakutkan anak-anak disini. Anak-anak?? Tiba-tiba ramai pulak anak aku kan. Hee. Sebenarnya SIL aku tidur sini sebab hubby dia outstation.  hee..Eh! Melalut pulak aku dari tajuk entri ni.huhu. Malam ni rajin sikit nak kongsi resipi. Piza Roti yang aku cuba buat sendiri.Itu pun gagahkan juga diri ini sebab permintaan Mr. Upham saya yang teringin, setelah kami merasai hidangan yang simple ini dari my SIL. Jom tengok cara simple untuk membuatnya. Bahan-bahan boleh diubah mengikut kreativiti masing ye.. :)

Bahan-bahan yang diperlukan

Bahan-bahan yang diperlukan :
>Roti Gardenia
>Sos Pasta
>Daging kisar - - - -masak seketika bersama lada sulah & oregano
>Sosej - - - - rebus
>Sayur campur - - - - rebus
>Jejari ketam - - - - rebus
>Lof daging ayam
>Keju mozarela
>Cheesedale
>Parmesan
>Mayonise

Cara-caranya
1. Sapu loyang dengan sedikit mentega. Susun kepingan roti menutupi loyang.
2. Sapu roti dengan sos pasta.
3. Taburkan daging kisar, sosej, sayur campur, jejari ketam & lof daging ayam.
4. Koyakkan kepingan keju cheesedale & taburkan atas bahan tersebut.
5. Tabur mozarella & parmesan.
6. Letakkan mayonise sebagai hiasan terakhir.
7. Bakar pada suhu 150 darjah C selama 5 - 10 minit @ sehingga keju cair.


gambar sebelum masuk oven

gambar selepas dibakar

selamat menjamu selera!!!
Lots of Love,

No comments: