Tuesday, September 30, 2014

Resipi Bakso

Selamat petang! Sementara anak tak nak tido ni, aku curilah masa sedikit nak buat entri. Semenjak duduk rumah ni, hari-hari pening memikir nak masak apa. Kebetulan MIL ada beli bebola daging, jadi yang terlintas kat kepala ni nak buat bakso. Pagi-pagi lagi aku dah keluarkan bebola ni. Lepas tu dok google cari resipi. Maklumlah, ni first time buat bakso kan. ^_^ Aku upload kat IG, ada pulak yang berminat nak resipi, maka terhasillah entri resipi bakso hari ini.. Mr Upham pun cakap sedap.Alhamdulillah.
Jom belajar cara buat bakso! Tapi sediakan bebola daging instant la ye kalau nak ikut resipi ni..hihi
Bahan-bahan untuk kuah :
# 3 biji bawang merah - - - -dihiris
# 3 biji bawang putih - - - - dihiris
# 1/2 inci halia - - - - dicincang
# 1 batang serai - - - - diketuk
#  pati ayam/daging
# sedikit lada sulah
# garam & perasa
Cara-caranya :
1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih & halia sehingga garing.
2. Masukkan serai yang telah diketuk.
3. Masukkan air(sukatan sendiri), pati ayam/daging, serbuk lada sulah, garam & perasa.
4. Biarkan mendidih.
5. Masukkan bebola daging & biarkan mendidih selama 5 minit.
6. Celur mee/ bihun.
7. Sedia untuk dihidangkan bersama bawang goreng & cili kicap. :)

psst...cili kicap( blender cili padi + kicap manis)
Tadaaaa!!!
Sedia untuk makan!!!
Lots of Love, 
Post a Comment