
Pejam celik pejam celik dah masuk bulan 3. Sekejap je masa berlalu. Dari dulu,
bulan 3 ni memang hot! Sebab ape? Sebab bulan 3 untuk adalah musim untuk melangsungkan perkahwinan. Haha.. tapi dulu
iolls tak pilih pon bulan 3 :P Yela, dah nak cuti sekolah kan. Kita yang
dijemput pun bersyukur juga. Ye dok? Hihi.. Bak kata pepatah, rezeki jangan
ditolak, musuh jangan dicari. Ewah!! Anyway, bila dah banyak majlis yang
dijemput, kita yang perempuan ni pun mulalah nak bergaya. Bukan selalu, betul
tak? Mulalah nak cari baju dan tudung bagai. Bagi rakan-rakan yang suka
membeli-belah online, kat sini iolls nak kongsi sedikit mengenai butik tudung
online yang menjual segala macam fesyen tudung yang terkini dengan harga yang
berpatutan. Jom terjah!!!!
Butik Tudung
Online Murah
Kalau dulu, Jalan Tunku Abdul Rahman
(TAR) terkenal dengan jolokan ‘syurga membeli-belah’ bagi penggemar fesyen
Muslimah lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin membeli tudung dengan harga
yang murah. Walaupun keadaan trafik yang sentiasa sibuk serta terpaksa
berhadapan dengan kesukaran mendapat parking, Jalan Tunku Abdul Rahman tidak
pernah sunyi tanpa pengunjung.
Kini, penggemar fesyen Muslimah tidak
perlu lagi risau kerana selain Jalan TAR, ZALORA juga merupakan destinasi
fesyen Muslimah yang turut menawarkan pelbagai koleksi tudung online terkini
dengan harga yang cukup berpatutan. Apa yang menarik, di butik tudung
online murah ini, segala transaksi adalah secara online dimana ia boleh
dilakukan dengan santai dan selesa. Anda juga tidak perlu bersusah payah
meredah lalu lintas yang sesak serta tidak perlu lagi berhujan panas untuk
membeli-belah.
Selain membariskan jenama-jenama
tudung yang terkemuka seperti Ariani, Najjah dan Zuco Fashion, ZALORA juga
menawarkan koleksi tudung murah daripada jenama-jenama yang tidak kurang
hebatnya seperti Sugarscarf, Hijab by Emma Maembong dan banyak lagi.
Selain tawaran
harga yang cukup berpatutan dan berbaloi untuk anda miliki, ZALORA juga
menyediakan perkhidmatan penghantaran secara PERCUMA serta perkhidmatan pulangan juga secara PERCUMA selama 30 hari selepas tarikh
pembelian. YA!!! Diulangi sekali lagi. PERCUMA!!!!!Mudah bukan?
Hah! Apa lagi! Jom ramai-ramai klik link yang diberi untuk cuci mata dan
memilih tudung-tudung yang berkenan dihati. Selamat ber’shopping’!!!!!
Lots of Love,