Pages

SweetMuslimah.com

Sunday, October 12, 2014

Cinta Kerana Allah


Salam Ahad. 
Bercintalah hanya kerana Allah.


Love, 

Saturday, October 11, 2014

Resipi Roti Daging Cheese Leleh

Selamat malam. Hari ni ramai update tentang CPUV.  Syukur alhamdulillah. Akhirnya aku juga tergolong diantara blogger yang telah mendapat CPUV. Lame kot aku tunggu. -_- Mood nak berblogging pun suam-suam kuku. Hee. Bila dah dapat semangatlah sikit. Apapun Thanks alot kepada pihak Nuffnang kerana sudi pilih blog aku. 
Malam ni agak rajin sedikit, so aku nak share pula resipi yang aku dapat dari FB. Resipi Roti daging cheese leleh. Simple jugak seperti Piza Roti yang aku pernah share tempoh hari. Sangat simple, bolehlah dibuat untuk minum petang cuti hujung minggu ni. ^_^
bahan-bahan yang diperlukan
Bahan-bahan:
12 keping roti
3 biji telur
Sedikit susu segar (optional-nak letak boleh,tak letak pun boleh)
8 keping slice cheese
*sayur ikut suka (aku letak capsicum je sebab xdak sayur)
Untuk Inti
300g daging cincang
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar
1/2 paket perencah daging black pepper maggi
sedikit air
garam & gula
minyak masak
Cara-cara : 
UNTUK INTI : 
1) Panaskan minyak, tumis bawang putih, masukkan bawang besar & daging, goreng hingga daging empuk.
2) Masukkan perencah black pepper dengan sedikit air. Masak sehingga daging masak dan kering.
 3) Ketepikan dan biar sejuk.
UNTUK ROTI LAPIS : 
1) Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dengan mentega.
2) Gaul telur dan susu sehingga sebati.
3) Celup roti ke dalam bancuhan tadi dan susunkan diatas loyang sehingga penuh.
4) Tuangkan separuh dari inti tadi keatas roti dan ratakan.
5) Susun slice cheese daatas daging.
6) Tutup dengan lapisan roti yang dicelup seperti langkah ke-3.
7) Akhir sekali, taburkan chedar parut kat lapisan atas sekali. 
8) Jika ada lebihan telur, siram diatas roti.
9) Bakar dalam oven pada suhu 160 C lebih kurang 40 minit @ sehingga masak.

inilah rupanya sebelum masuk oven
tadaa...Siap untuk dimakan.
nampak tak cheese yang meleleh tu..nyum2.
Hokey!! Siap untuk dimakan. Anyway, resepi ni boleh diolah mengikut tekak & kreativiti masing-masing ye. Aku pun pakai je mana bahan yang memang kebetulan ada. Lapar lah pulak tengok pic ni. -_- 
Selamat mencuba!!

Lots of Love, 

Friday, October 10, 2014

Produk Safi Shayla


Salam jumaat. Post ini tidak disponsor oleh mana-mana pihak ye. Just nak share dengan pembaca tentang produk Safi Shayla yang telah aku gunakan. Mesti semua pernah dengar kan? Produk keluaran terbaru dari Safi iaitu syampu untuk wanita bertudung. Memang sangat-sangat best syampu & conditioner dia.  Harga pun mampu milik.

dua syampu yang menjadi pilihan aku
Yang aku guna ni syampu kawalan rambut gugur(mungkin akibat stress / banyak sgt makan pak aji, mungkin. haha). Memang sangat tak suka bila rambut gugur sebab aku loya kalau ada gumpalan rambut atau sehelai rambut kat tangan atau badan atau gumpalan rambut dekat habuk(banyak nau atau). Sangat meloyakan tekak. Aku try pun sebab balik kampung aritu aku ternampak mak aku guna. Aku pun ciloklah sikit. Hehe. Memang sangat best. Rambut lembut & bau dia tahan lama hokeyy & rambut pun kurang gugur. Syampu ini dirumus khas dengan Habbatussauda serta protein untuk menguatkan struktur rambut sambil mengurangkan keguguran sehingga 80%, serta haruman yang mampu kekal sehingga 24jam. Hokey, enough bab syampu. Nak cerita bab conditioner plak.
Conditioner pula aku pilih penyegar kulit kepala. Sebab kadang-kadang kita rasa gatal kan kepala ni akibat berpeluh. Bila pakai je memang menyegarkan sebab.............ia juga mengandungi habbatussauda & mentol(bukan mentol lampu ye.hihi). Masa pakai tu sejuk je kulit kepala ni. Rasa berangin. Fefeling ada ais kat atas kepala ni. Haha. Tapi serius best. Bau jangan cakaplah. Memang semerbak.
Jom baca khasiat- khasiat yang terkandung dalam dua produk ini.

HABBATUSSAUDA : Mengandungi bahan antibakteria semulajadi untuk menghalang pembiakan bakteria yang menyebabkan kulit kepala kurang selesa serta rambut kusam. Juga kaya dengan nutrien semulajadi yang menyihat, melindungi & mencantikkan rambut.
PROTEIN : Menguatkan struktur rambut & mengurangkan keguguran rambut akibat kerapuhan melebihi 80%.
MENTOL : Menyejuk, menyegar, menyamankan & mengurangkan kerengsaan kulit kepala.

Hah!Dah tau kan khasiat-kahsiat dia. Bolehlah beli sekiranya ingin mencuba produk Safi ini. Yang penting halal ye. Sekarang ni dah banyak tempat dah jual syampu ni. Bukan dua produk ni je tau. Ada juga untuk masalah lain tapi aku xsempat google. Hee. Korang tengoklah sendiri ye. Nak sambung melipat baju. Nite2!!
Love,

Wednesday, October 8, 2014

Happy Birthday Kesayanganku


Selamat malam semua.
Today is my dad & small brother's birthday that i've almost forgotten. 
YES!!! They share the same birthday.Maaf.
No celebration memandangkan kita semua cuti tak sama kan.
Anyway, aku dah pun call & wishes my dad & small brother.
Doaku agar abah & Rahman diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dipertemukan dengan jodoh yang baik (oops..ni untuk adik je ok. abah??no no no.haha), dilindungi walau dimana pun mereka berada & sentiasa mendapat keberkatan & hidayah dari Allah s.w.t. Aamin.
I really love both of u..

Me familia on my wedding.
Abah : no. 2 dari kiri
Adik : duduk ditengah

Ikhlas dari,

Monday, October 6, 2014

It's Monday


It's Monday & it's a holiday!!!



Lots of Love,

Sunday, October 5, 2014

Selamat Hari Raya Aidiladha


Selamat hari raya aidiladha buat semua kaum muslimin & muslimat. Sekarang ni pun musim haji kan. Semoga yang dapat pergi menunaikan haji dikurniakan haji yang mabrur. Semoga satu hari nanti aku pun diberi kesempatan menunaikan haji & umrah. Amin. 
Raya tahun ini aku sambut di rumah mertua aku sahaja. Sedihnya. Sebab parents aku raya aidilfitri aritu pergi Kedah,rumah adik aku. Raya aidiladha pula di Putrjaya, rumah kakak aku (hamboi, kenmain berjalan.i jeles u know.huhu). Aku pula tak dapat join atas sebab-sebab yang tertentu. Sobs. Tidak mengapalah, janji semua happy. Raya mana-mana pun sama je kan. Betul tak?
Baiklah, itu sahaja short entri dari aku. Selamat hari raya!!

Abaikan tudung aku yg basah tu. Aku memang kuat berpeluh.
 Ni semua gara-gara nak bergambar. Haha
EH! Ada lagi! Haha. Short lah sangat kan! Anyway, raya aidilfitri hari tu aku tak update gambar kami sekeluarga pun kan. So, di entri ini nak gak tepek sekeping gambar kami bertiga. Buat kenang-kenangan. Bolehlah kan dari takde. Hee...

Lots Of Love, 

Saturday, October 4, 2014

Semoga cepat sembuh & diberi kesihatan yang baik!


Selamat malam. Sementara belum nak mula masak untuk menyambut aidiladha esok, sempatlah juga aku nak update entri. Bulan lepas & bulan ini ada beberapa saudara-mara yang telah admit ke hospital termasuklah bapa mertua aku. Bapa mertua disebabkan buah pinggang. Sudah 3 minggu juga dia berada di hospital. Dua emak saudara aku pun bulan ini masuk hospital. Seorang disebabkan hampir terkena strok dan seorang lagi apendik. Penyakit yang datang kadangkala tanpa diduga. Semalam elok je, hari ini dah sakit. Semua itu atas kehendak Allah. Sentiasalah berdoa supaya orang-orang disekeliling kita dilindungi & diberikan kesihatan yang baik. Semoga ahli keluarga tabah & sabar menghadapi dugaan dari Allah s.w.t. 



Lots of Love, 


Thursday, October 2, 2014

Basikal & Helmet Buat Nayli


Hi! Selamat petang. Semoga pembaca blog aku semua sihat-sihat belaka. Hari ini aku nak kongsi cerita mengenai si kecil ni. Dah lama bercadangkan nak belikan helmet & basikal buat Nayli. Baru ahad lepas tertunai. Kesian dia belum ada basikal. Kayuh pun tak berapa pandai lagi. Itu yang belikan basikal. Helmet pula senang nanti kalau nak ikut ayah dia naik moto. Jom tengok aksi si kecil bersama helmet & basikalnya.
Safety first!
Bersama itik kesayangan.
Bukan main posing lagi anak dara ni.
Ni pulak dah kenapa?Macam kene tiup angin je.haha
Bawa mereka bermain di tepi rumah. Nayli memang tak boleh berenggang dengan Nana. Boleh menangis kalau kene tinggal ngan kakak nana.hihi
Tapi..................ada kemuskilan disini. Kenapa banyak barangan Nayli berwarna biru ek? Basikal biru, helmet biru, itik biru, almari baju pun biru. Tapi basikal tu dia yang pilih sendiri. Ikut warna kesukaan aku gamaknya.haha.. Nak buat macam mana kan. Umi memang favourite colour biru.hehe
Lots of Love, 

Wednesday, October 1, 2014

Wordless Wednesday



Lots of Love,