Pages

SweetMuslimah.com

Monday, December 30, 2013

sALAh bAntAL pUncA sAkiT LeHeR?


selamat malam...
dah 2, 3 ari aku sakit leher..aduh..
punyalah sakit, tak terkata..
tak boleh toleh ke kiri..
hubby pon cakap, aku dah macam robot..
bila dah 3 ari kene barulah aku terhegeh-hegeh nak google..
huhu...
pastu aku terjumpa satu blog ni..
dia share petua nak rawat sakit leher akibat salah bantal..

petua dia adalah : 
1. Baca Bismillah
2. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW 3x
3. Tepuk bantal 3x
4. Tidur @ baring walau seminit
5. Insha Allah akan pulih.

jap lagi nak try buatlah..mana lah tau, kot2 mujarab..hihi..
credit to FeezMior

wrote by :

Friday, December 27, 2013

iT's mY bIrThdAy


syukur alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk bernafas hari ini.
hari ini merupakan hari lahir aku..
dah semakin tua dah aku.huhu
semoga dengan pertambahan umur ini, aku menjadi semakin matang, 
diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur untuk melakukan ibadah dan dimurahkan rezeki.
bagi suami, ahli keluarga, adik-beradik dan rakan taulan, terima kasih atas doa dan ucapan kalian.
semoga Allah memberkati hidup kita semua..
amin.. 

pssttt...nak tau umur aku?
hehe...nah, cuba kira.
1000-200 / 40 + 7 = ??

wrote by :

Wednesday, December 25, 2013

aRcheRy aCtivItY


selamat pagi rabu..selamat bercuti warga Malaysia!!
aku hari ni duduk rumah je.merehatkan diri.
anyway, i've got a story to tell..
chewah..speaking lak.haha
based on the title, malam tadi, hubby ajak try memanah..
memang sungguh baru bagi aku.
pernah gak try masa degree dulu, tapi sekejap je.
memang fail masa tu.haha
so, kali ni hubby ajak, aku ape lagi.
berdondang sayanglah..
bukan selalu dapat peluang macam ini.
lepas magrib, kami pon gerak..sampai-sampai, terus daftar..
maaf sebab terlupa amek gambar pakej dia..
yang aku ungat, seorang RM11.(given 19 arrows)
kalau dua orang RM19.(given30 arrows)jimat 3 hengget di situ.
yang lain, aku tak hengat lak..bila dah bayar, kami dipakaikan glove.

ini turn hubby. dia diberi penerangan sekejap then, masa memanah!!hihi. tengok tangannya..lurus betul! jeles aku.ada gaya pemanah popesional tak?haha

lepas hubby habis 15 arrows, turn aku plak. sebelum tu harus lah pose dulu kan.hihi. tengok tangan aku tu, tak lurus langsung! mencikk!! siap hubby amik pic dari belakang.huhu

ini adalah pom-pom girl kami malam semalam..tapi hubby memanah, die sibuk dok suruh aku duduk sebelah die. masa tu dia behave. time aku, dia dah tak nak duduk dah.nasib x berlari-lari.

haa!!! disinilah kami pergi memanah. 
STARS ARCHERY.
kalau nak tahu tempatnya, 
ianya adalah di Mahkota Parade, tnigkat atas sekali, berdekatan dengan wayang.
agak-agak sape yang nak try, bolehlah pergi sini.
seronok tau walaupon sakit tangan.
berpeluh-peluh kami laki bini memanah.
tapi memang bagus memanah ni sebab ia memerlukan daya tumpuan yang tinggi.
ewah!! bahasa dari aku, tak menahan.haha
oklah..adios!

wrote by :

tiDaK sIhAt


selamat pagi semua!!
saat entri ini ditulis, jam telah menunjukkan pukul 12.10 am..
mesti ramai yang sedang beradu 7 juga tengah melepak..
almaklumlah, cuti dah kan.
hari ini hari natal..adalah dengar bunga api berdentang-dentung..
tapi tak semeriah raya aidilfitri lah kan.
Nayli's already gone to her dreamland..aku and hubby je belum tido..
mata tak mengantuk lagi..
lagipun lately ni perut tak sedap..
buang air besar pon lain macam..
macam orang cirit-birit..
tapi aku sekali je sehari..mm..ntahla..
tambah sakit pinggang lagi..nak bongkok susah..
so, pergerakan agak terbatas.
nasib hubby banyak membantu..
ni semua membuatkan aku jadi moody dan tak bermaya..
actually, lagi dua hari besday aku..
aku berniat nak cari sponsor & buat GA..
tapi terpaksa hold dulu atas sebab kesihatan yang tak mengizinkan..
buat rakan-rakan blogger yang sudi singgah blog aku, 
nanti akan aku balas kunjungan korang ye..
harap maaf semua..doakan kesihatan aku kembali pulih ye..
i just need to rest.. :)

wrote by :

Saturday, December 21, 2013

S0uvEnIeR dArI SaBaH


salam pagi semua!!
sem0ga u olls semua ceria hendaknya.gaya macam nak tulis surat pulak..
haish..sambungan kepada minggu entry basi.haha
siap ada title hokeyyyy.
yang ni pulak souvenier my SIL yang bercuti ke Sabah bulan lepas..
inilah hasil tangkapannya buat adik ipar & adiknya..

Richeese memang wajib.haha.
bertambah berat lah nampaknya.
.kerongsang my fav colour & rantai tangan buat anakku..

yang ni pulak butang baju melayu buat hubby aku..

thanks al0t kak!! ser0n0k teng0k pic2 yang dikirimkan kat aku melalui whatsApp.
macam cantik jer..macam c0mel jer..haha
suka sgt tgk gambar-gambar ni..sejuk mata memandang..





gambar yg last macam kat new zeland kan?hah..macam pernah pergi je aku cakap camni..
hihi..verangan  lebih.. In Sha Allah kalau ada rezeki nanti boleh lah aku g sini nanti..
amin...

Friday, December 20, 2013

sALaM jUmAaT


sedikit perkongsian ilmu pada hari jumaat.


Thursday, December 19, 2013

UTeMEX 2013-Part 1


selamat pagi!sekejap je rasanya dah hari khamis.
dah seminggu jugak berlalu pertandingan UTeMEX 2013 oleh UTeM..
ok, sedikit pengenalan tentang UTeMEX..
UTeMEX 2013 adalah EKSPO Pameran dan Pertandingan Produk Penyelidikan dan Inovasi Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). 
Penglibatan industri dan komuniti dalam UTeMEX 2013 amat dialukan 
untuk merancang kolaborasi bijak dalam memberi maklumbalas ke atas keupayaan dan potensi produk ke arah pengkomersilan. haa...gitu penerangannya..
hihi..anyway, lab aku ada hantar dua penyertaan iaitu: 
1. i-Drive
2. Pro-Sine
Syukur alhamdulillah, usaha dan kerjasama kami semua berbaloi apabila kumpulan kami 
berjaya merangkul emas untuk kedua-dua penyertaan.

inilah buktinya..hihi..memang seronok time tu..senyum je semua orang..
lebih-lebih lagi supervisor kami..orang kuat kumpulan kami..
anyway, nanti akan aku update kerja-kerja sepanjang 3 minggu sebelum berlangsungnya pameran ini..
sekian..



Wednesday, December 18, 2013

w0rDleSs wEdnEsDaY


selamat pagi..hari ini nak just share qoutes je.. n0thing special..


changes is g00d if the changes you made does not trouble or burden other people.
(perubahan itu bagus sekiranya tidak menyusahkan dan membebankan orang lain)


belajarlah untuk memahami jika ingin difahami..
adios!!

Tuesday, December 17, 2013

sEsi pEndAfTaRaN TaSka & tAdIkA aWLad ImtIyaZ 2014



selamat tengahari semua! dah lunch ke?
memandangkan hari ini aku cuti (hubby demam), 
aku sempat lah masak sedikit..ni nayli dah tido, dapatlah aku mengadap blog jap.
ok, sambungan cerita pendaftaran Nayli semalam.
dalam kul 9am, aku hadir sorang je ke nursery Nayli.
masa tu dah ramai dah..ada taklimat dulu, tapi disebabkan tempat penuh,
aku dapatlah dengar sipi-sipi je..
jom tengok gambar-gambar yang sempat aku snap..
maap, quality gambar tak berapa clear.. :)

inilah borang yang aku dah siap isi malam sebelumnya..excited kata kan.haha

nampak tak kerusi dah penuh?aku dok kat pintu je..
time ni aku tanya teacher, Nayli tido ke?
dia jawab tak lah..rasanya tengok TV, lepas tu anak aku lak lalu dah nampak aku..
apa lagi, meraunglah sebab tak amek dia..adeh..
sabar jela..

aku terpaksa layan dia..suo dia g breakfast..bukan main lagi budak-budak ni makan.
seronok je tengok dorg duduk dalam bulatan..
hehe..sebelum makan baca doa, lepas makan pon baca doa..
kira ok lah kan..mereka diajar baca doa.

sesi pendaftaran pon bermula..masa ni aku dah siap daftar dah.
amek dulu gambar sebelum balik.hihi

sempat lagi singgah taska anak aku..siap aku tutup muka ngan fail..
takut nanti Nayli meraung lagi..
bagusnya tengok anak-anak ni boleh duduk sama-sama camni..
bila tengok-tengok baru perasan yang Nayli tak ada..

 sebenarnya nayli dah tertido dekat teacher dia..
bad mood betul dia semalam sebab tak cukup tido..
tula, aku suo tido tak nak..memang camni lah jadinya...
sekian, selesai sudah pendaftaran tahun baru untuk Nayli..
sekejap je dah 2 tahun kan..ok lah, nak sambung kerja lain pulak..

adios!!

Monday, December 16, 2013

nAyLi's 1st f0rMaL pHoTo


selamat pagi..wah!!lamenya tak jenguk blog..
entry minggu lepas semuanya scheduled post.huhu
harap maaf kepada pengunjung blog yang sudi singgah & meninggalkan jejak..
akan ku balas kembali ye..
sebab aku telah diserang penyakit 'M'..huhu
bila 'M' dah bermaharajalela, memang susahlah nak buat kerja.
ok, back to the title above.
arini merupakan pendaftaran baru untuk nursery Nayli, semalam kami pergilah amik gambar passport Nayli untuk yang pertama kalinya...

-.-

tadaaaaa......... her first smiling picture(tapi cam terpaksa)..hihi

pssttt..baru dua hari training suruh dia senyum..
alhamdulillah menjadi. heh..tu pon puas suruh dia senyum..
ok lah..nak pergi taklimat pendaftaran Nayli dulu..
kalauada gambar nanti aku update cerita pendaftaran nya ye!! 
adios!!!

* gambar di edit oleh hubby memandangkan umi dia memang malas tang edit2 ni..huhu


Sunday, December 15, 2013

sAhAbAt?




Saturday, December 14, 2013

0LdTiMe fAv0uRiTe


aSSaLaMuaLAiKum..

banyak sangat entry basi dari aku kan?huhu..
anyway, just a sh0rt entry setelah hampir seminggu entry Nayli je kan.haha
gambar dibawah adalah Cekodok & Sambal ikan bilis..
waaa..terliur aku..

 disebabkan hari ahad lepas aku tak masak, so, malamnya memang masing-masing kebuluq lah kan..
so, aku decide lah nak buat menu ni..
kalau kat kampung aku, memang ni sarapan pagi kami.
dah agak lama jugak aku tak buat.
bila dah siap, masing-masing macam harimau makan..hahahaha...
alhamdulillah, syukur dengan rezeki kami malam tu..

Friday, December 13, 2013

mY wEeKeNd


aSSaLamUaLaiKum..


hari ni anda desajikan dengan entry basi.hukhuk.maap yer.
ni cerita sabtu lepas. aku minta hubby hantar aku balik kampung. aik?
cam merajuk je bunyinya.haha..
sila jangan salah faham ye.actually aku rindu kat mak aku.
almaklumlah, saja nak mengada kan..hihi
then hubby offer nak hantar, aku pon l0mpat bintang lah kan!
bagaikan mengantuk dis0r0ng bantal.eh?betul tak?
haish..hantam sajelah..
bila aku sampai rumah, mak aku g kenduri kahwin..yang ada my sis..
guess what!! she's making roti kirai..w0w!!
langkah kanan lah 0rang kata..hehe
aku pon ape lagi, anak pon tengah tido, aku amik pinggan & sapedek ler.haha

 yang time ni aku tengah mengirai malam sebab tak cukup..family ramai kan.

inilah hasil kiraian my sis.hehehe..
jemput makan u'olls walaupon dalam perutku sudah dipr0ses..haha
sebelum tu pagi-pagi aku dah siap masak nasi lemak.. 
memang hari ni hari makan sedunia tau..
sebabnya abang aku balik dari rumah mertua dia bawak makanan jugak.
celebration anak perempuan dia yang setahun.
abang aku bawak balik durian yang siap dik0pek (memang aku yang ngap dulu.buruk lantak..haha), kek & ayam KFC..
perrggghhhh...memang terbaikkk....aku balik kekenyangan malam tu..
bila sampai rumah, aku p0n tid0..
sama tak macam ular sawa?haha..
rezeki jangan ditolak..ye tak?
 alhamdulillah syukur........ :)

Thursday, December 12, 2013

SeSi mEnGaMbIL rEp0rT cArD


aSSaLamUaLAiKum...

ini cerita bulan lepas.actually hari tu aku dah terlupa yang parents ada perjumpaan dengan penjaga.
sebab hari tu aku ada kerja. so, pukul 5.30 barulah aku sampai.
dah sampai, aku dijemput masuk..

inilah rep0rt card Nayli..tak sangka aku yang taska p0n d0rang rec0rd perkembangan anak.
kira alhamdulillah kan sebab kita b0leh tau masalah anak kita kalau kat taska.

komen teacher dia?haha. anak aku kuat menangis. kuat buli 0rang. kuat bergurau & kenakan 0rang..adeh.
huhu..& anak aku kalau sampai je taska mesti muka berubah jadi blur. & kurang bercakap.
tapi kalau kat rumah, dia lah champion menjerit & bercakap..huhu
berbeza betul. maybe sebab suasana k0t. kat rumah tak ramai. kat taska ramai..
tapi sekarang ni, teacher dia cakap dia dah mula tunjuk perubahan tuk bercakap
kalau nak sesuatu, dia akan tunjuj & sebut. kalau dulu dia akan menangis.
alhamdulillah. perubahan yang positif.
sem0ga Nayli cepat belajar, menjadi anak yang bijak, s0lehah & mendengar kata. amin..