Pages

SweetMuslimah.com
Showing posts with label :birthdays:. Show all posts
Showing posts with label :birthdays:. Show all posts

Saturday, April 11, 2015

Oceanarium@The Shore Melaka



*Awas!! Entri yang tersangat banyak gambar.

Selamat malam. Dah lama rasanya tak update apa-apa dalam blog ni kan. Disebabkan kekangan masa, blog ini telah dianaktirikan. Huhu.. Takpe, kali ini ada entri terbaru dari aku. Hasil dari kerajinan Hubby tunaikan janji nak bawak belated birthday girl (Nayli) pergi The Shore. Jumaat lepas kami bersiap-siap usai solat maghrib. Aku yang paling excited (kalah anak) sebab bukan selalu dapat jalan-jalan camni kan. Jam 8.30 malam kami keluar. First time jejak The Shore macam jakun sangat. Haha. Padahal selalu je lalu dekat dengan bangunan tu. Hihi. Masuk-masuk je kami terus menuju Tingkat 2 untuk ke destinasi yang memang dinantikan.
Tadaaaaa......... Jom lah tengok gambar-gambar kami disana.
Pintu masuk.
Selesai membeli tiket. Dapat borang kuiz sekali.
Harga Tiket
Dewasa : RM28
Kanak-Kanak : RM18

Masa ni memang takde orang sebab tempat ni tutup kul 10 malam tapi kaunter tiket tutup kul 9 malam. Kami sampai dalam 9.10 malam, jadi orang tu bagi la kami masuk. Huhu. selain family kitorang, ade sebuah lagi family cina. Datang time-time camni memang tersangatlah tenang sebab takde orang..Yeay!!

Aksi pertama setelah berjaya masuk. Ngee
Tempat pertama kami masuk- Interactive pool
 

Dekat tempat ni memang kita boleh pegang sendiri gamat, belangkas & tapak sulaiman Aku memang tak kan lah pegang benda-benda tu. Geli. Tapi Hubby try pegang. Relax je dia.. Anak dara tu dah lari jauh-jauh. -_- 

Lepas tu kami ke - Jungle Quest



Tempat ini banyak spesis-spesis seperti rama-rama, kumbang, labah-labah, lebah & ular kecil. Tapi yang ni semua dok dalam tempat berkaca. Kalau tak, mampuih ada yang dok masuk dalam beg ikut balik. Choiiiii...Haa, Pic yang sebelah kanan sekali tu nampak tak? Gigih mak buyung(abaikan kegemukanku) dok cop kertas kuiz yang telah disediakan semata-mata nak kan souvenier. Haha. Borang dia memang dah disediakan masa kita beli tiket tadi. Yang kelakarnya, dah nak abis tour dalam ni baru perasan yang aku cuma cop sehelai borang je (dapat 3 borang). Apa lagi, Hubby pon bisinglah sebab kene pusing balik. Kahkah. -_-' Lepas tu kami ke Ocean Journey pulak. Macam-macam jenis hidupan laut yang terdapat di sini. Seronok tengok. 

Besday Girl yang happy. Sian mak jadi tangga belakang dia. Haha
Time Umi pulak bergaya. Maaf  Hubby sebab pic kami je yang banyak. Ngee
L.O.V.E from us.
Clown fish yang dalam cite NEMO tu.
Khusyuknya tengok ikan.......
  
               Keterujaan yang melampau sebab nampak ikan dekat atas. Huhu

Over-excited!!

Amboi...asik pic dia je kan. Jeles Umi. :p
Destinasi terakhir - Kampung Penyu
Best sangat tempat ni tengok penyu berenang,
Bergambar dengan replika penyu. 
Lepas keluar, kami serahkan borang kuiz tu kat kaunter. Dapatlah souvenier keychain gambar clown fish (lupa nak amik pic). Overall, best jugak tempat ni cuma bagi aku agak mahal jugalah tiket dia tapi kami jalan dalam tu x sampai pon 1 jam. Huhu. Tapi tak lama lagi dia nak tambah lagi 2 phase kot kalau tak silap aku. Dah penat jalan-jalan, kami cari makan lah pulok. Bagi sesiapa yang berkunjung ke Melaka, bolehlah kiranya kalau nak singgah disini. 


Love,

Monday, March 23, 2015

Happy Bornday Nayli!!!

Selamat petang!!! 3 tahun sudah berlalu, tetapi rasa macam baru je semalam aku melahirkan seorang puteri yang diberi nama Nayli Firzanah! Satu pengalaman yang tidak akan dilupakan.Tak sangka Nayli cepat membesar dengan sihat. Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas pinjamanmu ini. Rezeki anak datang lagi. Sudah nak masuk bulan yang ke-6. Semoga Allah mempermudahkan segala urusanku. 

Entri kali ini Umi tujukan khas buat Nayli Firzanah. Nanti dah besar & panjang umur, Nayli bolehlah baca ye sayang coretan umi yang tak seberapa ni. :)

Selamat Hari Lahir yang ke-3 buat Nayli Firzanah
Semoga Allah lindungi & pelihara anak umi dunia & akhirat. Umi & Mama sayang sangat kat Nayli. Semoga anak umi membesar dengan sihat, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, jadi anak yang baik, taat & banggakan umi mama ye syg. Bile dah besar nanti jangan lupa umi & mama ye syg.. sobs(sape pulak yang potong bawang time2 camni nih!). Tiada apa lagi yang Umi nak selain nak tengok anak Umi ni membesar & jadi orang yang berguna kepada agama,bangsa & negara suatu hari nanti.. Aamin..
 Nayli Firzanah (0-3 years old)

Hugs & kisses,

Thursday, November 6, 2014

Birthday Celebration

Bismillah.. Semalam tiada kesempatan nak update tentang birthday celebration hubby. Pagi ni curi masa sekejap lah. Hihi..Tapi ini bukan celebration dari aku, tapi dari rakan sekerja hubby. Yang kelakarnya, hubby tak ingat pun birthday dia, pagi semalam dia dapat call dari bos utk masuk meeting. Kelam kabut dia naik sebab bos dia cakap dalam nada yang serius, "Safar, ada meeting ni, Nape lambat?". Haha.. Hubby cakap sampai-sampai je bilik meeting ada bau makanan. Dia masuk then terkejut tengok ada kek bagai. Siap hubby cakap, "Eh, birthday saya ke?" Kawan-kawan dia semua gelak. Baru hubby teringat yg aritu birthday dia. Yang kelakarnya, hubby sorg je yang siap bawa buku dengan pen bagai.. :D Yang bestnya, member 1 opis dengan dia pun berlakon jugak. 

Then hubby cakap aku pun dijemput. Kawan-kawan dia suruh aku naik bilik meeting juga. Masa tu aku tengah sarapan dengan labmate. Aku ajak dia teman aku sekali. Huhu.. Malu-malu meow giteww kannnn... Hahahaha.Rezeki semalam dapat makan kek coklat moist dari kawan hubby.. Alhamdulillah. Jom tengok gambar hubby yang terkezut & gambar disekitar majlis sambutan harijadinya.  :P
Hubby yang terkezut. Haha
Acara memotong kek.
Antara rakan-rakan sekerjanya. 
Kek coklat moist homemade kak Ana.
kami diminta bergambar bersama. Malu i tau :D
Sebelah kanan tu bos hubby, yang akak sebelah kiri tu satu opis ngn hubby.
Antara menu-menu yang ada semalam.
Kek yang sedappppppp.. yummeh!
Anyway, thanks to officemate hubby yang jemput aku dengan member aku untuk makan sekali. :)

Lots of Love, 

Wednesday, November 5, 2014

Happy Birthday Dear!!


Entri pagi ini ditujukan khas buat Mr. Hubby memandangkan hari ini birthday dia.. Tiada ucapan berbunga-bunga disini ye syg..hihi.. >_< You are always in my heart. 

Surprise birthday from his colleague
Hugs n kisses from Umi & Nayli, 

Friday, December 27, 2013

iT's mY bIrThdAy


syukur alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk bernafas hari ini.
hari ini merupakan hari lahir aku..
dah semakin tua dah aku.huhu
semoga dengan pertambahan umur ini, aku menjadi semakin matang, 
diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur untuk melakukan ibadah dan dimurahkan rezeki.
bagi suami, ahli keluarga, adik-beradik dan rakan taulan, terima kasih atas doa dan ucapan kalian.
semoga Allah memberkati hidup kita semua..
amin.. 

pssttt...nak tau umur aku?
hehe...nah, cuba kira.
1000-200 / 40 + 7 = ??

wrote by :

Wednesday, November 6, 2013

HaPpY biRtHdAy sAyAnG!!




*Late entry
aSSaLAmUaLaiKUm....



Buat suami tercinta, Mohd Safar Bin Adim..selamat hari lahir syg(5/11/198*)..sem0ga Allah sentiasa melindungi Abi walau dimana pun Abi berada, sem0ga Abi gembira selalu dengan family kita, sem0ga panjang umur, dimurahkan rezeki & diberi kesihatan yang baik...Umi doakan yang terbaik buat Abi..sem0ga kita kekal hingga ke Jannah...amin..love u syg..muahxxx!!!!!with l0ve fr0m UmiNayli....


Monday, March 25, 2013

uNeXpeCTed ceLEbRatiOn!!!



aSSaLaMUaLaikum....


salam isnin semua!!!!
yeay!!!dah cuti sekolah..hee...
gaye cam aku lak yg bcuti ye..
saje je nak menggembirakan ati ni..hihi..
da2, xyah nak cuti sgt lah ye..cukup ler cuti ujung minggu ko..
so, bcerita tentang ujung minggu, sabtu minggu lepas aku balik kg..
saje je balik sekejap jenguk family n anak buah yg baru pas operation angin pasang..
tanpa disangke2, abg aku belikan kek untuk sambut besday dua anak buah die iaitu anak aku n anak sis aku..
aku n sis aku bersalin selang sehari jek...
hihi..mak aku dapat 2 cucu dalam sekelip mata..gempak x??
hee...
so, nilah die 2 besday girl..happy besday 2 NAYLI FIRZANAH & NUR QYEISHA DANIA....

sila ignore kecomotan anak2 kami yer..hihi...yg kanan 2 anak aku, yg comel kiri 2 ank my sis...

#semoga kamu berdua menjadi anak yang solehah...amin...




Wednesday, March 20, 2013

BeSdAY kaK mARiaNa!!!!



aSSaLaMuaLaIkuM kesayangan semua!!!


huh!!setelah sekian lame bercuti dari berblogging..hihi..cutilah sgt!
sangat2 lah banyak sawang disini.ibarat menternak labah2 la katakn...hehe..
xpe2..aku ku usahakan untuk sentiase mengemaskini blog ksayangan ku ini..
ok lah..byk sgt2 entry yng tertunggak..
xpe2..pelan2 kayuh..hee..
mari kita mulakan!!!
untuk entry ni ditujukan untuk opismate hubby aku..
disebabkan aku ex-student tempat hubby aku kje n skng sambung master lak, aku pun diajak join..hee..
jom kite tgk besday womennye celebration..hehe..

Venue : The Windmill Bukit Beruang
Time : 9-11am
Date : 1.3.13(cantikkan date die)
sorry kak, ni baru berkesempatan nak update..heee..ape2 pun selamat ari lahir n semoga murah rezeki..amin...

ni die opismate hubby sy...ramai kn pompuan..hee
makanan da sampai!!aku mmg lapar gile time ni..
aku n hubby..
inilah die org yang diraikan.. 
gaya org lapor....hihi..sedia untuk mkn!!
tadaaaa!!!!licin kan???

almaklumlah org belanje kan..hikhik...thanks pada kak sue yg  sponsor makanan...kenyang kami aritu..alhamdulillah..
pastu kami pulang dengan hati yang riang ibarat kanak2 yang dapat gegula..
hehe...


sekian.....