Pages

SweetMuslimah.com

Saturday, October 11, 2014

Resipi Roti Daging Cheese Leleh

Selamat malam. Hari ni ramai update tentang CPUV.  Syukur alhamdulillah. Akhirnya aku juga tergolong diantara blogger yang telah mendapat CPUV. Lame kot aku tunggu. -_- Mood nak berblogging pun suam-suam kuku. Hee. Bila dah dapat semangatlah sikit. Apapun Thanks alot kepada pihak Nuffnang kerana sudi pilih blog aku. 
Malam ni agak rajin sedikit, so aku nak share pula resipi yang aku dapat dari FB. Resipi Roti daging cheese leleh. Simple jugak seperti Piza Roti yang aku pernah share tempoh hari. Sangat simple, bolehlah dibuat untuk minum petang cuti hujung minggu ni. ^_^
bahan-bahan yang diperlukan
Bahan-bahan:
12 keping roti
3 biji telur
Sedikit susu segar (optional-nak letak boleh,tak letak pun boleh)
8 keping slice cheese
*sayur ikut suka (aku letak capsicum je sebab xdak sayur)
Untuk Inti
300g daging cincang
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar
1/2 paket perencah daging black pepper maggi
sedikit air
garam & gula
minyak masak
Cara-cara : 
UNTUK INTI : 
1) Panaskan minyak, tumis bawang putih, masukkan bawang besar & daging, goreng hingga daging empuk.
2) Masukkan perencah black pepper dengan sedikit air. Masak sehingga daging masak dan kering.
 3) Ketepikan dan biar sejuk.
UNTUK ROTI LAPIS : 
1) Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dengan mentega.
2) Gaul telur dan susu sehingga sebati.
3) Celup roti ke dalam bancuhan tadi dan susunkan diatas loyang sehingga penuh.
4) Tuangkan separuh dari inti tadi keatas roti dan ratakan.
5) Susun slice cheese daatas daging.
6) Tutup dengan lapisan roti yang dicelup seperti langkah ke-3.
7) Akhir sekali, taburkan chedar parut kat lapisan atas sekali. 
8) Jika ada lebihan telur, siram diatas roti.
9) Bakar dalam oven pada suhu 160 C lebih kurang 40 minit @ sehingga masak.

inilah rupanya sebelum masuk oven
tadaa...Siap untuk dimakan.
nampak tak cheese yang meleleh tu..nyum2.
Hokey!! Siap untuk dimakan. Anyway, resepi ni boleh diolah mengikut tekak & kreativiti masing-masing ye. Aku pun pakai je mana bahan yang memang kebetulan ada. Lapar lah pulak tengok pic ni. -_- 
Selamat mencuba!!

Lots of Love, 

No comments: