Pages

SweetMuslimah.com

Wednesday, October 7, 2015

Cara mudah untuk cantik

Combo TCS & CCO pilihan ramai!!
.
Feedback memang byk.
.
Bole tgk dekat album FB (Nor Faezah Alias)
.
Jom cantik secara sihat!
.
TCS - ekstrak tomato & air mawar
CCO - ekstrak koko & minyak badam
.
Order?0193411986
.
#wrempiremelaka #wrempire #melaka #testiwrmelaka #sayajual #tcs #cco #onlineshop #onlinestore #shoppingonline #naturalingredients #halal

Cara mudah menghapuskan kutu

Kepala anda ade kutu? Kepala anak ade kutu?
.
Xtahan bau ubat kutu yg busuk?

.
Jom cuba PPH!! Minyak lavendar dlm PPH boleh bantu utk menghapuskan kutu.
.
Wangi pulak tu. 100% bebas bahan kimia. Shampoo shampoo kutu lari..kiki
.
Order? 0193411986
COD : Masjid Al-azim,Melaka
.
Testimoni boleh tengok dekat FB (Nor Faezah Alias)
.
#wrempiremelaka #wrempire #melaka #sayajual #shampoo #shoppingonline #onlineshop #onlinestore #testiwrmelaka #pph

Monday, October 5, 2015

Produk !00% Bebas Bahan Kimia


Salam lovelies!!!
Lame benar rasenya tak update blog kan? Kekangan masa melampau sgt lagi-lagi bile baru je 2 bulan ada baby baru. Hihi. Anyway nak sharing product yg iolls guna. Natural products, 100% no chemical.


Testimoni beratuqqqq.. hihi
Mai tengok sat testimoni-testimoni kat bawah ni.

Lelaki pon bole tau..
Testimoni sendiri.. ;)


Customer menggunakan sabun Scar Solution Body Bar (SSBB)..

Testimoni Shampoo
Nak tau lebih lanjut bole wassup 0193411986 @ add FB page WREmpire melaka.

Love, 

Saturday, April 11, 2015

Oceanarium@The Shore Melaka



*Awas!! Entri yang tersangat banyak gambar.

Selamat malam. Dah lama rasanya tak update apa-apa dalam blog ni kan. Disebabkan kekangan masa, blog ini telah dianaktirikan. Huhu.. Takpe, kali ini ada entri terbaru dari aku. Hasil dari kerajinan Hubby tunaikan janji nak bawak belated birthday girl (Nayli) pergi The Shore. Jumaat lepas kami bersiap-siap usai solat maghrib. Aku yang paling excited (kalah anak) sebab bukan selalu dapat jalan-jalan camni kan. Jam 8.30 malam kami keluar. First time jejak The Shore macam jakun sangat. Haha. Padahal selalu je lalu dekat dengan bangunan tu. Hihi. Masuk-masuk je kami terus menuju Tingkat 2 untuk ke destinasi yang memang dinantikan.
Tadaaaaa......... Jom lah tengok gambar-gambar kami disana.
Pintu masuk.
Selesai membeli tiket. Dapat borang kuiz sekali.
Harga Tiket
Dewasa : RM28
Kanak-Kanak : RM18

Masa ni memang takde orang sebab tempat ni tutup kul 10 malam tapi kaunter tiket tutup kul 9 malam. Kami sampai dalam 9.10 malam, jadi orang tu bagi la kami masuk. Huhu. selain family kitorang, ade sebuah lagi family cina. Datang time-time camni memang tersangatlah tenang sebab takde orang..Yeay!!

Aksi pertama setelah berjaya masuk. Ngee
Tempat pertama kami masuk- Interactive pool
 

Dekat tempat ni memang kita boleh pegang sendiri gamat, belangkas & tapak sulaiman Aku memang tak kan lah pegang benda-benda tu. Geli. Tapi Hubby try pegang. Relax je dia.. Anak dara tu dah lari jauh-jauh. -_- 

Lepas tu kami ke - Jungle Quest



Tempat ini banyak spesis-spesis seperti rama-rama, kumbang, labah-labah, lebah & ular kecil. Tapi yang ni semua dok dalam tempat berkaca. Kalau tak, mampuih ada yang dok masuk dalam beg ikut balik. Choiiiii...Haa, Pic yang sebelah kanan sekali tu nampak tak? Gigih mak buyung(abaikan kegemukanku) dok cop kertas kuiz yang telah disediakan semata-mata nak kan souvenier. Haha. Borang dia memang dah disediakan masa kita beli tiket tadi. Yang kelakarnya, dah nak abis tour dalam ni baru perasan yang aku cuma cop sehelai borang je (dapat 3 borang). Apa lagi, Hubby pon bisinglah sebab kene pusing balik. Kahkah. -_-' Lepas tu kami ke Ocean Journey pulak. Macam-macam jenis hidupan laut yang terdapat di sini. Seronok tengok. 

Besday Girl yang happy. Sian mak jadi tangga belakang dia. Haha
Time Umi pulak bergaya. Maaf  Hubby sebab pic kami je yang banyak. Ngee
L.O.V.E from us.
Clown fish yang dalam cite NEMO tu.
Khusyuknya tengok ikan.......
  
               Keterujaan yang melampau sebab nampak ikan dekat atas. Huhu

Over-excited!!

Amboi...asik pic dia je kan. Jeles Umi. :p
Destinasi terakhir - Kampung Penyu
Best sangat tempat ni tengok penyu berenang,
Bergambar dengan replika penyu. 
Lepas keluar, kami serahkan borang kuiz tu kat kaunter. Dapatlah souvenier keychain gambar clown fish (lupa nak amik pic). Overall, best jugak tempat ni cuma bagi aku agak mahal jugalah tiket dia tapi kami jalan dalam tu x sampai pon 1 jam. Huhu. Tapi tak lama lagi dia nak tambah lagi 2 phase kot kalau tak silap aku. Dah penat jalan-jalan, kami cari makan lah pulok. Bagi sesiapa yang berkunjung ke Melaka, bolehlah kiranya kalau nak singgah disini. 


Love,

Monday, March 23, 2015

Happy Bornday Nayli!!!

Selamat petang!!! 3 tahun sudah berlalu, tetapi rasa macam baru je semalam aku melahirkan seorang puteri yang diberi nama Nayli Firzanah! Satu pengalaman yang tidak akan dilupakan.Tak sangka Nayli cepat membesar dengan sihat. Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas pinjamanmu ini. Rezeki anak datang lagi. Sudah nak masuk bulan yang ke-6. Semoga Allah mempermudahkan segala urusanku. 

Entri kali ini Umi tujukan khas buat Nayli Firzanah. Nanti dah besar & panjang umur, Nayli bolehlah baca ye sayang coretan umi yang tak seberapa ni. :)

Selamat Hari Lahir yang ke-3 buat Nayli Firzanah
Semoga Allah lindungi & pelihara anak umi dunia & akhirat. Umi & Mama sayang sangat kat Nayli. Semoga anak umi membesar dengan sihat, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, jadi anak yang baik, taat & banggakan umi mama ye syg. Bile dah besar nanti jangan lupa umi & mama ye syg.. sobs(sape pulak yang potong bawang time2 camni nih!). Tiada apa lagi yang Umi nak selain nak tengok anak Umi ni membesar & jadi orang yang berguna kepada agama,bangsa & negara suatu hari nanti.. Aamin..
 Nayli Firzanah (0-3 years old)

Hugs & kisses,

Saturday, February 28, 2015

Butik Tudung Online Murah


Pejam celik pejam celik dah masuk bulan 3. Sekejap je masa berlalu. Dari dulu, bulan 3 ni memang hot! Sebab ape? Sebab bulan 3 untuk adalah musim untuk  melangsungkan perkahwinan. Haha.. tapi dulu iolls tak pilih pon bulan 3 :P Yela, dah nak cuti sekolah kan. Kita yang dijemput pun bersyukur juga. Ye dok? Hihi.. Bak kata pepatah, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Ewah!! Anyway, bila dah banyak majlis yang dijemput, kita yang perempuan ni pun mulalah nak bergaya. Bukan selalu, betul tak? Mulalah nak cari baju dan tudung bagai. Bagi rakan-rakan yang suka membeli-belah online, kat sini iolls nak kongsi sedikit mengenai butik tudung online yang menjual segala macam fesyen tudung yang terkini dengan harga yang berpatutan. Jom terjah!!!!

Butik Tudung Online Murah

Kalau dulu, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) terkenal dengan jolokan ‘syurga membeli-belah’ bagi penggemar fesyen Muslimah lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin membeli tudung dengan harga yang murah. Walaupun keadaan trafik yang sentiasa sibuk serta terpaksa berhadapan dengan kesukaran mendapat parking, Jalan Tunku Abdul Rahman tidak pernah sunyi tanpa pengunjung.
Kini, penggemar fesyen Muslimah tidak perlu lagi risau kerana selain Jalan TAR, ZALORA juga merupakan destinasi fesyen Muslimah yang turut menawarkan pelbagai koleksi tudung online terkini dengan harga yang cukup berpatutan. Apa yang menarik, di butik tudung online murah ini, segala transaksi adalah secara online dimana ia boleh dilakukan dengan santai dan selesa. Anda juga tidak perlu bersusah payah meredah lalu lintas yang sesak serta tidak perlu lagi berhujan panas untuk membeli-belah. 



Selain membariskan jenama-jenama tudung yang terkemuka seperti Ariani, Najjah dan Zuco Fashion, ZALORA juga menawarkan koleksi tudung murah daripada jenama-jenama yang tidak kurang hebatnya seperti Sugarscarf, Hijab by Emma Maembong dan banyak lagi.




Selain tawaran harga yang cukup berpatutan dan berbaloi untuk anda miliki, ZALORA juga menyediakan perkhidmatan penghantaran secara PERCUMA serta perkhidmatan pulangan juga secara PERCUMA selama 30 hari selepas tarikh pembelian. YA!!! Diulangi sekali lagi. PERCUMA!!!!!Mudah bukan?



Hah! Apa lagi! Jom ramai-ramai klik link yang diberi untuk cuci mata dan memilih tudung-tudung yang berkenan dihati. Selamat ber’shopping’!!!!!

Lots of Love, 

Monday, November 24, 2014

Tukar background blog lagi :)

Bismillah. Selamat pagi!! Mengantuknya lah pagi-pagi ni. Entri hari ni mmg dah tersangat basi. 

Google Image
Yelah, rasanya dah nak dekat sebulan gak lah aku tukar background blog ni. Baru hari ni nak cerita. 

Hihi.. saje tukar background sebab bosan dengan background lama.

Aku saja pilih background butterfly sebab nampak comel. Comel tak? Bagi aku comellah ni.  

Bagi nak mencomelkan lagi blog aku, cursor pon aku amik pic munga yang cecomels.. 

So, aku link kan kat mana aku dapatkan design-design yang cecomels ni ye. 

Bagi sesiapa yang nak beralih angin, bolehlah klik :
Link tukar background
Link tukar cursor

*Maaf..aku terlupa lagi printscreen backgroung blog lama. heee

Lots of Love, 

Friday, November 21, 2014

Simple 1st Giveaway Segment by Beba Ifa



Bismillah. Baru je tadi saya di tag oleh Cik Belbel untuk join GA ni. Disebabkan sangat simple, memang harus join lah kan. Hihi. 

http://kylifa.blogspot.com/2014/11/simple-1st-giveaway-segment-by-beba-ifa.html
*klik SINI untuk join*

Tujuan GA ni dibuat adalah untuk menghargai rakan followers Beba Ifa yang lama mahupun yang baru.

mrsupham tag :
Fyda Adim
Niesa
Myra Mokhtar

Lots Of Love,

Seronoknya zaman kanak-kanak

Bismillah. Selamat tengahari! Baru hari ni berkesempatan menulis entry. Semalam seharian tiada internet. Huhu. Ini cerita semalam. Kiriman TC Siti Aisyah Zawani. Teacher dari taska Nayli. Hari Rabu Tc dah pesan suruh bawa swimming suit/baju lebih sebab dorang nak buka kolam untuk budak-budak ni. Pagi semalam kejut nayli siap bagitau "Akak, bangun. Arini akak swimming2 dekat school, kan". Cepat saje dia bukak mata. Kalau tak memang payah! Huh!!

Bila tengok betapa seronoknya mereka main air, teringat zaman kecik-kecik dulu. Happy je sebab tak payah pikir apa2 pon. Celik mata je ingat nak main. Macam-macam aktiviti yang aku buat dulu. Main basikal la. Panjat pokok la. Haha. Indahnya zaman tu. Eh! merapu plak. Jomlah layan gambar kiriman TC nayli :)
Nampak tak Nayli tengah buli kawan dia. sabar jela!!!
Peace sambil garu kepala. Hihi
Nampak tak mulut sape paling besar? Makanya, dia lah yang paling seronok. Haha
Happy sangat Tc dia cakap..
Ini pula gambar 2/3 minggu lepas kat kampung. Abang aku memang rajin melayan anak-anak buah mandi kolam. Seronok betul diorang. Aku pon rasa nak berkubang bersama tapi cam tak sesuai je. Haha
Le cousins... 
Lots Of Love,